1 Teori perkembangan
sosia-emosional
Diperkenalkan oleh Erik Erikson ( 1902 – 1994
) yang merupakan ahli neo-Freudian yang
menerima rangka kerja psikoseksual Freud. Teori perkembangan psikososial Erik
Erikson adalah salah satu daripada teori – teori yang paling terkenal dalam
psikologi. Seperti Sigmund Freud, Erik Erikson percaya bahawa personaliti yang
terbentuk dalam satu siri peringkat. Berbeza dengan teori Freud peringkat
psikoseksual, teori Erikson menerangkan kesan pengalaman merentasi seluruh
jangka hayat, dari lahir hingga kematian.
Salah
satu unsur utama teori peringkat psikososial Erikson ialah perkembangan
identiti ego. Identiti ego rasa sedar diri kita berkembang melalui interaksi
sosial. Menurut Erikson, identiti ego kita sentiasa berubah – ubah disebabkan
oleh pengalaman baru dan maklumat yang kita peroleh dalam interaksi harian kita
dengan orang lain. Di samping identiti ego, Erikson percaya bahawa rasa
kecekapan juga mendorong tingkah laku dan tindakan. Jika diuruskan dengan
buruk, orang itu akan merasai perasaan yang tidak mencukupi.
Beliau juga
menggabungkan tiga faktor yang mempengaruhi perkembangan individu iaitu faktor
kendiri, emosi, dan sosial. Teori Erikson adalah berdasarkan lima prinsip
iaitu:
i. Manusia mempunyai keperluan asas
yang sama
ii. Perkembangan individu bergantung
kepada tindak balas terhadap keperluan-keperluan asas
iii. Perkembangan manusia mengikut
tahap-tahap tertentu
iv. Setiap tahap mempunyai konflik dan
ia mesti diatasi sebelum individu dapat berfungsi dengan jayanya pada tahap
berikutnya .
v.
Kegagalan mengatasi konflik pada suatu tahap akan menjejaskan perkembangan
tahap yang berikut
Walau bagaimanapun,
beliau telah menambah baikkan gambaran dengan menambahkan peringkat perkembangan
sosio-emosi manusia daripada lima kepada lapan peringkat, mulai dari peringkat
bayi hingga peringkat tua. Beliau menyatakan bahawa di dalam setiap peringkat
tingkah laku positif dan negatif akan timbul yang menyebabkan penyesuaian
psikologikal kerana konflik emosinya.
Berikut adalah jadual konflik emosi dan
ciri-cirinya yang dikenalpasti oleh Erikson dari peringkat bayi hingga tua :
Peringkat
konflik
|
Ciri-ciri
perkembangan emosi
|
Contoh / huraian
|
0 -
1½ tahun(bayi)
- Kepercayaan lawan ketidakpercayaan
|
·
Rasa kepercayaan dibina dalam tahun
pertama
·
membina rasa kepercayaan secara
peringkat
·
membina rasa ketidakpercayaan jika
keperluannya tidak dapat dipenuhi
·
ketidakpercayaan akan membentuk
tingkah laku negatif
|
Bayi
mestilah menjalinkan hubungan kasih sayang serta kepercayaan dengan pengasuh
atau sebaliknya membentuk perasaan tidak percaya. Hal ini demikian bermakna,
jika tidak diberi penjagaan yang sepatutnya seperti penyusuan, tidak dijaga
atau lampin tidak bertukar, ketidakpercayaan kepada orang lain timbul dalam
diri bayi yang akan menimbulkan ketakutan dan berprasangka
|
1
½-3 tahun
(awal
kanak-kanak)
- Autonomi Lawan Malu/Ragu
|
·
Keinginan memiliki kuasa
·
keinginan membuat sesuatu dengan
daya usaha sendiri
·
merasa malu jika tidak diberi kuasa
·
merasa malu didepan orang
·
merasa takut melakukan kesalahan.
|
Perkembangan kanak-kanak pada tahap ini
tertumpu kepada perkembangan kemahiran fizikal seperti berjalan dan pelbagai
lagi. Rasa percaya kepada keupayaan diri timbul jika berjaya dan menerima
sokongan. Sekiranya gagal mereka akan ragu-ragu terhadap keupayaan diri
|
3-6
tahun
( awal kanak –
kanak tadika )
- Inisiatif
lawan serba salah
|
·
belajar cepat
·
bergerak cepat
·
peka kepada yang betul dan salah
·
merasa serba salah jika ketawa
·
membina sikap negatif jika merasa
serba salah
|
Kanak-kanak pada tahap ini akan cuba
berdikari melakukan sesuatu dan jika gagal perasaan bersalah akan timbul.
Mereka meneroka persekitaran dan mencuba kemahiran-kemahiran baru. Mereka
juga suka bertanya dan meminta penjelasan dan rasa bersalah terhadap diri
sendiri akan timbul apabila kanak-kanak dihukum atau tidak diberi peluang semasa
mencuba kemahiran
|
6-11 tahun
(
kanak-kanak)
- kerajinan
lawan rasa rendah diri.
|
·
keinginan menguasai sesuatu
·
keinginan berjaya
·
menguasai kemahiran asas fizikal dan
sosial
·
memerlukan peneguhan positif/
penghargaan terhadap tugas yang disempurnakannya
·
merasa komplek rendah diri jika
dikritik.
|
Kanak-kanak
mesti menghadapi pembelajaran kemahiran baru atau sebaliknya menghadapi
risiko perasaan rendah diri, kegagalan dan tidak cekap. Kemahiran yang
diperoleh berkisar di alam persekolahan.Kanak-kanak yang gagal dalam
peringkat ini akan merasa rendah diri dan tiada keupayaan bukan sahaja
terhadap pencapaian akademik tetapi juga dalam hubungan sosial dengan
individu di persekitaran mereka
|
12-20 tahun
(remaja)
-
Identiti lawan keliruan
identiti
|
·
Cuba memahami diri
·
menghadapi krisis identiti
·
sensitif kepada perubahan badan dan
imej diri
·
membentuk konsep kendiri positif dan
juga negatif
·
perkembangan emosi berlandaskan
emosi dari peringkat –peringkat dahulu.
|
Remaja mesti berjaya mencari identiti dalam
pelbagai aspek seperti pekerjaan, peranan jantina, social, dan sebagainya
jika tidak perasaan rendah diri akan timbul. Mereka akan meniru identiti
orang lain di persekitaran. Sekiranya gagal, akan timbul kecelaruan identiti,
rasa tidak selamat, ragu- ragu, dan akan mengalami pelbagai masalah di
peringkat seterusnya
|
21-25 tahun
(Awal Dewasa)
- Kemesraan lawan
keterasingan
|
·
berusaha terus mencari identity
·
berusaha membentuk ikatan kemesraan
·
sesetengah individu yang gagal
kerana pengalaman kecewaan, terus keterasingan
|
Pada
tahap ini manusia akan membentuk keintiman dalam perhubungan menuju ke alam
perkahwinan serta membina kerjaya, sekiranya gagal akan merasa terasing dan
tersisih. Individu pada peringkat ini sudah berupaya menjaga dan melindungi
individu lain (suami/isteri dan anak) tanpa hilang identiti diri
|
26-60 tahun
|
·
Generativiti bermaksud memberi
sumbangan kepada generasi berikutnya atau melakukan aktiviti produktiviti
·
individu akan merasa kecewaan kerana
gagal dalam pencapaian yang bermakna.
|
Kehidupan berkeluarga dan kerjaya yang baik
dapat memuaskan hati, atau sebaliknya akan membawa kepada perasaan
mementingkan diri serta hanya memusatkan kepada perkembangan atau aktiviti
diri. Mereka yang tidak dapat membentuk keintiman akan rasa terasing dan akan
menghindari perhubungan dengan orang lain
|
61
ke atas tahun
|
·
Integriti adalah hasil kebangaan
terhadap kehidupan yang berharga
·
orang tua yang kurang puas hati
dengan kehidupannya akan takut mati.
|
Merupakan kemuncak perkembangan iaitu
berkaitan dengan kejayaan hidup berkeluarga dan karier akan menimbulkan
kepuasan dalam diri. Perkara sebaliknya jika gagal akan membawa kepada kedukaan
dan kekecewaan di hari tua dan berputus asa dengan kehidupannya.
|