Jumaat, 10 Februari 2012


1 Teori perkembangan sosia-emosional

                        Diperkenalkan oleh Erik Erikson ( 1902 – 1994 )  yang merupakan ahli neo-Freudian yang menerima rangka kerja psikoseksual Freud. Teori perkembangan psikososial Erik Erikson adalah salah satu daripada teori – teori yang paling terkenal dalam psikologi. Seperti Sigmund Freud, Erik Erikson percaya bahawa personaliti yang terbentuk dalam satu siri peringkat. Berbeza dengan teori Freud peringkat psikoseksual, teori Erikson menerangkan kesan pengalaman merentasi seluruh jangka hayat, dari lahir hingga kematian.

                        Salah satu unsur utama teori peringkat psikososial Erikson ialah perkembangan identiti ego. Identiti ego rasa sedar diri kita berkembang melalui interaksi sosial. Menurut Erikson, identiti ego kita sentiasa berubah – ubah disebabkan oleh pengalaman baru dan maklumat yang kita peroleh dalam interaksi harian kita dengan orang lain. Di samping identiti ego, Erikson percaya bahawa rasa kecekapan juga mendorong tingkah laku dan tindakan. Jika diuruskan dengan buruk, orang itu akan merasai perasaan yang tidak mencukupi.

                        Beliau juga menggabungkan tiga faktor yang mempengaruhi perkembangan individu iaitu faktor kendiri, emosi, dan sosial. Teori Erikson adalah berdasarkan lima prinsip iaitu:

i. Manusia mempunyai keperluan asas yang sama
ii. Perkembangan individu bergantung kepada tindak balas terhadap keperluan-keperluan asas
iii. Perkembangan manusia mengikut tahap-tahap tertentu
iv. Setiap tahap mempunyai konflik dan ia mesti diatasi sebelum individu dapat berfungsi dengan jayanya pada tahap berikutnya .
v. Kegagalan mengatasi konflik pada suatu tahap akan menjejaskan perkembangan tahap yang berikut

                        Walau bagaimanapun, beliau telah menambah baikkan gambaran dengan menambahkan peringkat perkembangan sosio-emosi manusia daripada lima kepada lapan peringkat, mulai dari peringkat bayi hingga peringkat tua. Beliau menyatakan bahawa di dalam setiap peringkat tingkah laku positif dan negatif akan timbul yang menyebabkan penyesuaian psikologikal kerana konflik emosinya.

 Berikut adalah jadual konflik emosi dan ciri-cirinya yang dikenalpasti oleh Erikson dari peringkat bayi hingga tua :


     Peringkat konflik
Ciri-ciri perkembangan emosi
         Contoh / huraian
  


  0 - 1½  tahun(bayi)

-  Kepercayaan lawan     ketidakpercayaan
·         Rasa kepercayaan dibina dalam tahun pertama

·         membina rasa kepercayaan secara peringkat

·         membina rasa ketidakpercayaan jika keperluannya tidak dapat dipenuhi

·         ketidakpercayaan akan membentuk tingkah laku negatif

Bayi mestilah menjalinkan hubungan kasih sayang serta kepercayaan dengan pengasuh atau sebaliknya membentuk perasaan tidak percaya. Hal ini demikian bermakna, jika tidak diberi penjagaan yang sepatutnya seperti penyusuan, tidak dijaga atau lampin tidak bertukar, ketidakpercayaan kepada orang lain timbul dalam diri bayi yang akan menimbulkan ketakutan dan berprasangka
   



    1 ½-3 tahun
  (awal kanak-kanak)

-   Autonomi Lawan Malu/Ragu



·         Keinginan memiliki kuasa

·         keinginan membuat sesuatu dengan daya usaha sendiri


·         merasa malu jika tidak diberi kuasa

·         merasa malu didepan orang


·         merasa takut melakukan kesalahan.


Perkembangan kanak-kanak pada tahap ini tertumpu kepada perkembangan kemahiran fizikal seperti berjalan dan pelbagai lagi. Rasa percaya kepada keupayaan diri timbul jika berjaya dan menerima sokongan. Sekiranya gagal mereka akan ragu-ragu terhadap keupayaan diri

     
     
           3-6 tahun
         ( awal kanak –
        kanak tadika )

- Inisiatif lawan serba salah
·         belajar cepat

·         bergerak cepat

·         peka kepada yang betul dan salah

·         merasa serba salah jika ketawa

·         membina sikap negatif jika merasa serba salah

Kanak-kanak pada tahap ini akan cuba berdikari melakukan sesuatu dan jika gagal perasaan bersalah akan timbul. Mereka meneroka persekitaran dan mencuba kemahiran-kemahiran baru. Mereka juga suka bertanya dan meminta penjelasan dan rasa bersalah terhadap diri sendiri akan timbul apabila kanak-kanak dihukum atau tidak diberi peluang semasa mencuba kemahiran

       
    


         6-11 tahun
     ( kanak-kanak)

- kerajinan lawan rasa rendah diri.
·         keinginan menguasai sesuatu

·         keinginan berjaya

·         menguasai kemahiran asas fizikal dan sosial


·         memerlukan peneguhan positif/ penghargaan terhadap tugas yang disempurnakannya

·         merasa komplek rendah diri jika dikritik.


Kanak-kanak mesti menghadapi pembelajaran kemahiran baru atau sebaliknya menghadapi risiko perasaan rendah diri, kegagalan dan tidak cekap. Kemahiran yang diperoleh berkisar di alam persekolahan.Kanak-kanak yang gagal dalam peringkat ini akan merasa rendah diri dan tiada keupayaan bukan sahaja terhadap pencapaian akademik tetapi juga dalam hubungan sosial dengan individu di persekitaran mereka




        12-20 tahun
          (remaja)

- Identiti lawan keliruan 
  identiti 
·         Cuba memahami diri

·         menghadapi krisis identiti

·         sensitif kepada perubahan badan dan imej diri

·         membentuk konsep kendiri positif dan juga negatif

·         perkembangan emosi berlandaskan emosi dari peringkat –peringkat dahulu.

Remaja mesti berjaya mencari identiti dalam pelbagai aspek seperti pekerjaan, peranan jantina, social, dan sebagainya jika tidak perasaan rendah diri akan timbul. Mereka akan meniru identiti orang lain di persekitaran. Sekiranya gagal, akan timbul kecelaruan identiti, rasa tidak selamat, ragu- ragu, dan akan mengalami pelbagai masalah di peringkat seterusnya



    
        21-25 tahun
     (Awal Dewasa)

-  Kemesraan lawan keterasingan
·         berusaha terus mencari identity

·         berusaha membentuk ikatan kemesraan

·         sesetengah individu yang gagal kerana pengalaman kecewaan, terus keterasingan
Pada tahap ini manusia akan membentuk keintiman dalam perhubungan menuju ke alam perkahwinan serta membina kerjaya, sekiranya gagal akan merasa terasing dan tersisih. Individu pada peringkat ini sudah berupaya menjaga dan melindungi individu lain (suami/isteri dan anak) tanpa hilang identiti diri

      


       26-60 tahun
·         Generativiti bermaksud memberi sumbangan kepada generasi berikutnya atau melakukan aktiviti produktiviti

·         individu akan merasa kecewaan kerana gagal dalam pencapaian yang bermakna.
Kehidupan berkeluarga dan kerjaya yang baik dapat memuaskan hati, atau sebaliknya akan membawa kepada perasaan mementingkan diri serta hanya memusatkan kepada perkembangan atau aktiviti diri. Mereka yang tidak dapat membentuk keintiman akan rasa terasing dan akan menghindari perhubungan dengan orang lain

     61 ke atas tahun

·         Integriti adalah hasil kebangaan terhadap kehidupan yang berharga

·         orang tua yang kurang puas hati dengan kehidupannya akan takut mati.
Merupakan kemuncak perkembangan iaitu berkaitan dengan kejayaan hidup berkeluarga dan karier akan menimbulkan kepuasan dalam diri. Perkara sebaliknya jika gagal akan membawa kepada kedukaan dan kekecewaan di hari tua dan berputus asa dengan kehidupannya.



1 ulasan:

  1. Hotel Rooms & Suites - Las Vegas, NV - Mapyro
    › › Las Vegas Hotels › › Las Vegas Hotels Rooms & 속초 출장샵 Suites - Las Vegas, NV. All suites are 군포 출장샵 fitted 거제 출장안마 with a king size bed and are fitted with a flat screen 목포 출장안마 TV. The 군포 출장샵 King Room. The Queen Room.

    BalasPadam